Friday, February 17, 2017

SEJARAH AYAM KAMPUNG MALAYSIA

BISMILLAH
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

SEJARAH AYAM PEDAGING DAN AYAM KAMPUNG MALAYSIA

1. Bermula pada tahun 1960’an

2. Baka eksotik e.g.Rhode Island Red and Leghorn diperkenalkan pada tahun 1927


3. Pengeluaran tempatan tidak mengcukupi untuk memenuhi permintaan.
Ayam dan telur terpaksa diimport.


4. Selepas Perang Dunia II, baru mula pembangunan industri penternakan ayam 


5. Bermula dengan cara lepas bebas dan berkurung pada waktu malam.Sistem berubah ke semi-intensif dimana diberi tempat perteduhan dan berpagar.


6. Membangun dari tahun 1947 - 1955


7. Tahun 1960 – 1970: pembangunan yang pesat, peningkatan penggunaan teknologi di dalam pengeluaran, banyak ladang besar diwujudkan


8. Pada tahun 1966 – sebanyak 1196 ladang dengan jumlah 3 million ekor ayam

 

< 5,000 ekor - 1004 ladang 5,000 - <10,000 ekor - 119 ladang 10,000 - <20,000 ekor - 45 ladang 20,000 - <50,000 ekor - 28 ladang 

9. Tahun 1966, terdapat 77 buah hatcheri = 16 million DOC 

10. Tahun 1980, masalahan kejatuhan harga ladang – aliran tunai yang meruncingkan kepada pengusaha 

11. Syk. ‘Feedmills’ sediakan kemudahan kredit (contract farming)  

ASAL- USUL AYAM KAMPUNG
 

Nama saintifiknya : Gallus Domesticus ( dari keturunan ayam hutan merah Gallus Gallus )
Terdapat baka tulin ini telah dicampuri dengan ayam hutan merah diperingkat kampung dan akhirnya terwujudlah --- “ayam kampung”


Ayam kampung adalah keturunan baka luar negeri
– baka tulin , besar , dwi guna (pelihara untuk daging dan juga telur

Ayam jenis baka tulin ini dapa dilihat pada tahun 50`an dan 60 `an

 

Ayam kampung adalah peninggalan penjajahan
yang asli hanyalah ayam hutan
rekod sejarah (yang dikarang oleh penjajah) mengatakan ayam moden dihasilkan dari usaha kacukan menggunakan 4 baka asli ayam hutan
 

Ayam hutan Malaysia/Asia Tenggara (Red Junglefowl)
Ayam hutan Jawa
Ayam hutan India
Ayam hutan Sri Lanka
 

Usaha kacukan di Eropah, Amerika (US) banyak melibatkan baka asli dari Malaysia/Asia Tenggara
Baka-baka tulin yang dihasilkan dinegara barat adalah seperti : New Hampshire, Barred Plymouth Rock, Brown Leghorn, Sussex, Jersey, Minorca dsbnya

Ayam yang dihasilkan oleh Jepun/China ialah baka Silkies

Penjajah/saudagar/kerajaan (IKTA) membawa masuk baka tulin ke Malaysia- dipelihara di kampung

 

Pengaruh persekitaran yang negatif (perumahan, makanan, penyakit,pembiakan) telah mendorong kepada penghasilan generasi ayam yang bersaiz kecil, tahan lasak tetapi berproduktiviti rendah diberi nama ayam kampung
Ayam kampung bukanlah baka tetapi nama panggilan

 
Kini ayam kampung telah alami “evolusi” yang menghasilkan kacukan….
Pengawanan dengan “ayam gajah” menghasilkan generasi bersaiz gempal, lembab dan kadangkala leher “gondol”

 

Pengawanan oleh ayam serama menghasilkan generasi kenik dan “hyperaktif”
Pengawanan ayam hutan menghasilkan generasi ala hutan dan berdaging enak
“Bersekedudukan” dengan baka komersil (ayam penelur, ayam warna, kacukan kampung/warna) terus “merojakkan” lagi ciri-ciri ayam kampung
“Pengaruh” dari Golok, Narathiwat menghasilkan generasi ala siam

 

Kacukan ini mempengaruhi kerenah pembelian ayam kampung terutamanya dari kalangan sebahagian kaum cina
Pilihan utama ialah bulu kemerahan, balung sikat dan keting kuning
Yang kurang dapat sambutan ialah badan warna hitam, badan bertompok putih, balung ala siam, dan keting warna gelap/hitam

No comments:

Post a Comment