Friday, February 17, 2017

INDUSTRI AYAM MALAYSIA

STATUS INDUSTRI SEMASA AYAM PEDAGING AYAM PENELUR AYAM KAMPUNG DAN AYAM HIASAN
1. Sektor ayam merupakan komponen yang terbesar di dalam industri penternakan di negara ini.
2. Ia merupakan penyumbang utama di dalam sumber pemakanan asas penternakan.
3. Lebih berdaya maju jika dibandingkan dengan sektor ternakan yang lain.
4. Walaubagaimanapun, sektor penternakan ayam kampung masih tidak setanding ayam pedaging walaupun telah mencapai tahap komersil (500 ekor ke atas)-separa intensif/ intensif

Jenis ayam kampung yang berada di pasaran:
-Ayam kampung tradisional

-Ayam kampung kacukan

-Ayam warna

Baka ayam kampung yang diternak secara komersil:
Sasso, Kabir, Hubbard Isa, Local Silkies crosses, Local Kamping Crosses

AYAM KAMPUNG TRADISIONAL
Saiz badan kecil
16 minggu (112 hari) : 1 ke 1.3 kg jika diberi makan dedak ayam 100 peratus
Lambat membesar
Saiz badan masih kecil jika telah matang
Boleh jimatkan kos jika dedak ayam tidak melebihi 60 peratus (berat kering) dari jumlah makanan diberi

AYAM KAMPUNG KACUKAN
-Saiz badan berpotensi menjadi lebih besar
*10 ke 12 minggu ( purata 80 hari) : berat hidup 1.5 kg jika diberi makan dedak ayam 100 peratus

-Lebih cepat membesar dari ayam kampung tradisional

-Mesti jual sebelum berat badan melebihi 1.5 kg
*akan gemuk jika disimpan (tidak kekal ramping seperti ayam kampung tradisional)

-Kacukan ini biasanya menggunakan betina import dan dikahwinkan dengan jantan kampung tradisional
*betina mempunyai sifat menurunkan 100 peratus rupa dan warna jantan (tetapi berat badan pertengahan)

AYAM WARNA
-Saiz badan berpotensi menjadi lebih besar
*45 ke 60 hari : berat hidup 1.0 ke 1.5 kg jika diberi makan dedak ayam 100 peratus

-Lebih cepat membesar dari ayam kampung tradisional dan ayam kampung kacukan

-Diumpamakan seperti ayam daging “berbaju” ayam kampung

-Mesti dijual sebelum berat badan melebihi 1.5 kg
*akan gemuk jika disimpan (tidak kekal ramping seperti ayam kampung tradisional)

-100 peratus baka impot (imbasan kembali rupa ayam daging tahun 60’an dan 70’an)

********************************************************************************

17/10/2009

kat sini aku nak share sedikit mengenai slide show yg aku dapat dari kursus hari tu, semoga kita dapat menambah pengetahuan bersama .jom kita tgk.


APA ITU AYAM ?
Sejenis beburung
Ada sepasang pial (wattle) dan balong (comb)
Comb (bahasa Latin = Gallus)
8 jenis: single; rose; pea; cushion; buttercup; strawberry;
V- shape and silkie
Ayam yang dipelihara = Gallus domesticus
Red Jungle Fowl = Gallus bankiva (keturunan asal)

2 kaki dan 2 kepak
Baka yang berat sukar hendak terbang
Baka yang ringan tidak terbang jauh
Kadar nadi:
Jantan: 286 per minit
Betina: 312 per minit
Kadar respirasi
Jantan: 18-21 per minit
Betina: 31-37 per minit

Kadar penghadaman makanan:
2 ½ - 25 jam (bergantung kepada saluran/ usus)
Suhu badan: 41 – 41.5 oC
Anak ayam ditetas (telor) bukan dilahirkan (ibu)
Bulu halus merata badan disamping bulu kasar
Paruh (tidak bergigi) – penghadaman di lakukan oleh hempedal

Tulang pneumatik (ringan)
13 pasang pundi udara (sistem penafasan)
Jangka hayat: 10-15 tahun
Ayam penelur: 18 bulan (6 + 12)
Selepas 18 bulan – tidak produktif (ayam pencen)
Ayam pedaging: 6-7 minggu
Daging cerah (dada); daging gelap (kaki, peha, belakang dan leher)



Klasifikasi: Jantina dan umur
Cockerel (jantan muda) : < 1 tahun Pullet (betina muda) : < 1 tahun Cock / Rooster (Pejantan) : > 1 tahun
Hen (Induk betina) : > 1 tahun
Sexed chicks : jantina diasingkan (doc)

Baka: Mempunyai sifat fizikal yang serupa:
bentuk saiz badan
warna kulit
bilangan jejari

Varieties: terdapat ciri-ciri berikut:
pial & balong
warna bulu

Strain (Hybrid): hasil daripada kacukan varieties dan silang didalam baka oleh manusia:
Pedaging: Ross; Arbor Acre; Hubbard; Cobb; hybro; Avian… etc
Penelur: Hisex; Golden Comet; Lohmann; ISA Brown; Babcock; Hyline; H&N Brown Neck; Shaver; Dekalb …etc
81 jenis baka; 12 kelas dan ~180 varieties

12 KELAS BAKA AYAM
I. AMERICAN VII. POLISH
II. ASIATIC VIII. FRENCH
III. ENGLISH IX. GAME
IV. HAMBURGS X. ORIENTAL
V. CONTINENTAL XI. MISCELLANEOUS
VI. MEDITERRANEAN XII. BANTAMS

PEMILIHAN BAKA
Tujuan:
Daging
Telor
Daging/Telor (dual purpose)
Hiasan/Pameran
Kekal baka tulen (hobby)
Ayam sabung (Cockfighting)


 JURUSAN PEDAGING
Tempoh pemeliharaan: 40-45 hari
Kadar kematian: 3-5 %
Berat badan: 2.0-2.3 kg. seekor
Pengambilan makanan: ad-libitum
FCR: 1.7-1.8

JURUSAN PENELUR
Tempoh pemeliharaan: 18 bulan (6 + 12)
Kadar kematian/takai: 10-15 %
Berat badan: 1.1-1.3 kg. seekor
Pengambilan makanan: 110-120 g/h/ekor
FCR: 2.1-2.5
Pengeluaran telor: 290-300 biji/ekor/tahun

JURUSAN PEDAGING DAN PENELUR
Contoh: Ayam Sasso
Perancis
Lepas bebas seperti ayam kampong
Sumber daging dan telor
21 minggu – mula bertelor (150 biji @ 12 bln)
10 – 12 minggu = 1.5 kg seekor hidup

No comments:

Post a Comment