Friday, February 17, 2017

PENJAGAAN ANAK AYAM KAMPUNG 2017


PENJAGAAN SUPAYA ANAK AYAM KEKAL SIHAT

1) LOKASI REBAN DIDIK YG SESUAI
2) SUHU YG BAIK
3) PENGUDARAAN YANG BAIK
4) KEBERSIHAN
5) REBAN DIDIK YG SELESA MENGIKUT JUMLAH ANAK AYAM
6) PENGASINGAN MENGIKUT USIA
7) MINUMAN - DI TUKAR SETIAP HARI
8) MAKANAN - SESUAI MENGIKUT USIA ANAK AYAM
9) UBAT/VITAMIN
10) nyamuk
 

HURAIAN

1) LOkasi

kalau boleh lokasi reban didik untuk anak2 ayam ni biarla di tempat yg boleh di masuki cahaya matahari, tapi jgn pula guna teori letak reban kt tmpat kena cahaya panas secara terus. mmg niat untuk membiarkan reban tadi kering dan anak ayam dpt berehat dgn baik, tapi kalau da terlalu panas tak baik juga. leh jatuh sakit anak2 ayam tadi.

2) SUHu

suhu juga kena jaga dan diperhatikan setiap hari. jgn kita anggap ianya sudah mencukupi dengan mentol untuk bekalkan haba untuk anak ayam tadi dah dipasang . kalau boleh letakkan la sebuah thermometer untuk menyukat suhu dlm reban didik tadi. ini untuk mempastikan suhu di dlm keadaan yg baik. jika boleh jgn biarkan suhu jatuh ke paras 29c. suhu dlm lingkungan 30~32c cukup bagus. jarak mentol dan anak ayam juga perlu di pandang serius kerana, jika terlalu rendah organ dalam badan anak ayam akan rosak, maklumla baru jer menetas.

3) PENGUDARAAN YG BAIK

apa yg perlu ada pada setiap reban didik ialah sistem pengudaraan yg sempurna, di mana udara kotor leh keluar, dan udara bersih dpt masuk dgn baik. jgn duk tutup semua reban2 didik tu dgn guni atau apa saja, pastikan udara leh keluar masuk dgn sempurna.

4) KEBERSIHAN

reban didik akan mudah kotor apabila najis anak ayam tadi tidak di kemas kan dgn sempurna, jika boleh dalam seminggu ambil 1 hari masa untuk membersihkan lantai reban tadi. di khuatiri anak ayam akan mula memakan najis2 yg melekat di jaring lantai reban tersebut. selain itu, kebanyakan anak ayam mati di sebabkan terhidu gas ammonia hasil dari najis ayam itu sendiri secara berterusan.

5) REBAN DIDIK YG SELESA MENGIKUT JUMLAH ANAK AYAM

pastikan ruang untuk anak2 ayam tadi tu cukup selesa, dan tidak terlalu berasak2. jika ini berlaku anak2 ayam akan mula menjadi stress, dan akan mati. kita boleh lihat kenal pasti bagaimana caranya anak ayam ini menunjukkan ciri2 stress. salah satunya ialah dia akan membuat bising selama 2/3 hari kemudian akan mati . bila ini berlaku , periksa la dgn segera apa yg menyebabkan anak2 ayam ini bising. jika bukan faktor makanan telah habis menyebabkan anak ayam ini bising, sila cari punca yg tepat sebelum sekor demi seekor anak ayam tersebut menjadi murung dan mati.

6) PENGASINGAN MENGIKUT USIA

ada di antara kita yg mempunyai "mesin pengeram" yg bercampur masukan telurnya. maksudnya di sini, tarikh menetasnya berbeza2. apabila ini terjadi, maka, anak ayam yg menghuni di dalam reban didik akan berbeza2 umurnya. yg jadi masalah ialah apabila yg berusia lebih akan memijak anak ayam yg berusia kurang dari nya. ini kerana anak2 ayam yg besar ini akan sentiasa bermain dan ia menganggu emosi anak2 ayam yg baru masuk ke reban didik tadi.bila dah stress, anak ayam yg muda2 ni akan mati akhirnya.

7)MINUMAN - DI TUKAR SETIAP HARI

jika penternak yg gemar menggunakan pelbagai ubatan yg di larutkan bersama dgn air minuman, ada baiknya air minuman tadi di tukar setiap hari. Ini kerana untuk mengelakkan air minuman berubah rasa. kadang2 dari ubat boleh bertukar menjadi racun pula . kena ambil perhatian.

8) MAKANAN - SESUAI MENGIKUT USIA ANAK AYAM

Ramai antara kita yang masih lagi amalkan cara bila saja anak ayam keluar dari "mesin eram telur" da tegap atau berusia 2/3 hari terus masuk ke reban didik dan di letakkan makanan berserta air. sebenarnya ini tidak seharusnya di amalkan. apabila susah capai usia 3 hari praktikkan dgn memberi minuman sahaja dahulu sebelum di beri makan. ini adalah kerana, sistem pencernaan / perut anak ayam ini masih lembut lagi. jadi pada hari ke-4 baru la di beri makan. makanan yg di berikan itu pun perlulah daripada dedak yg halus, kalau boleh di berikan habuk dedak dahulu. hari demi hari baru la kita berikan dedak halus secara terus kepada anak2 ayam tadi. ini kerana perut2 anak ayam tersebut sudah mampu menerima makanan yg keras untuk di hadamkan oleh nya.kepada yg tidak pernah mengalami kematian anak ayam dgn cara tadi tak mengapalah, tapi saya tetap amalkan cara ini :) . sbb Prihatin

9) UBAT/VITAMIN

ubat dan vitmin sememangnya di perlukan untuk menjamin kesihatan anak2 ayam tersebut. tapi pemberiaan ubatan/vitamin ini perlulah pada usia yg sesuai. ada yg masuk jer anak ayam di reban didik terus di beri air bercampur dgn vitamin. bagi saya cara inilah yg dah banyak buat anak2 ayam saya tidur untuk selama2nya. jadi apa yg aku lakukan ialah dgn memberi minum vitamin pada usia anak ayam tadi 14 hari ke atas. ini kerana pada usia begini, anak ayam tadi sudah mula boleh menerima beberapa kejutan termasukla kejutan rasa :) . bila kasi anak2 ayam yg bawah dari 14 hari kita boleh lihat , kadar penerimaan mereka terhadap vitamin tadi tidak berapa kuat.

10) Nyamuk

banyak penyakit anak ayam berpunca dari gigitan nyamuk. simptom penyakit tadi boleh di lihat apabila anak2 ayam tadi telah mengalami masalah mata berair seterusnya menjadi buta.jadi gunalah kelambu selama 2/3 minggu. apa bila di dapati anak ayam tadi sudah boleh melindungi diri nya sendiri, kelambu tidak perlu di gunakan lagi untuk di pasnag di reban didik.

No comments:

Post a Comment